Sunday, 30 October 2011

Prof Muhaya_aurat wanita_2

https://www.facebook.com/profdrmuhaya

Prof Dr Muhaya
Kepada semua anak gadis. Tanda benar sayangkan ayah bukan memberi hadiah harijadi tapi jaga aurat. Kepada para isteri tanda sayang suami bukan memasak sedap saja tapi jaga aurat. Renungan buat saya juga

Wall Photos
♦4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka♦
1 • Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2 • Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3 • Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
4 • Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

---------------------------------------------------------------
Firman ALLAH S.W.T ~

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"

(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)
----------------------------------------------------------------------------
https://www.facebook.com/profdrmuhaya
Prof Dr Muhaya via Prof Dr Muhaya

buat para ibu bapa yang tertipu apabila mereka menjadi soleh dan solehah tetapi anak perempuan dibiarkan berpakaian sesuka hati. Mereka akan menyesal diakhirat nanti apabila anak anak menjadi penghalang mereka masuk syurga. Banyak ibu bapa bangga dengan pencapaian dunia, Hanya orang yang tidak mukmin setakat muslim sahaja mementingkan fesyen yang dilihat manusia. sama audit diri kita tremasuk saya sendiri

Dr. Zaharuddin : Nilai hati wanita dan pakaian (TV Al-Hijrah)
http://www.youtube.com/watch?v=ahKVevx6mbw&feature=autoshare
Dengarkan ulasan daripada Dr. Zaharuddin berkenaan pemakaian dan nilai hati seorang wanita.
------------------

Prof Dr Muhaya
Suami patut mendidik isteri. Jom para wanita yang belum bertemu jodoh doa mendapat suami soleh. suami dayyus tidak berbau syurga eg membiarkan isteri mendedahkan aurat. jom kaum wanita jaga gambar yang kita letak kat facebook buka aurat. tidak ada apa nak dibanggakan dengan aurat kita tetapi membuka aib kita. GAmbar profile kita menggambarkan kemana kita diakhirat nanti.

No comments:

Post a Comment