https://www.facebook.com/photo.php?fbid=247874521927186&set=pu.155707591143880&type=1
Dr Zainur Rashid Zainuddin
Jawatan kosong - jom kita sama-sama buat hebahan
Perihal solat berjamaah, masyarakat kita terbahagi kepada beberapa golongan :
1- Golongan orang yang telah sedia berada di masjid ketika azan berbunyi (dia menunggu azan di masjid).
2-Golongan orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
3-Golongan orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan
4-Golongan yang solat berjamaah bersama keluarganya di rumah
5-Golongan yang bersolat di rumahnya bersendirian sebaik sahaja mendengar azan
6-Golongan yang bersolat bersendirian tetapi di penghujung waktu
7-Golongan yang tak bersolat, samada mendengar azan atau pun tidak
Bukti Iman :
Sebenarnya amalan berulang-alik ke masjid adalah bukti atau tanda keimanan (secara zahirnya) seseorang lelaki kepada Allah swt sebagaimana hadith dari Abu Said al-Khudri r.a, katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila kamu lihat seorang lelaki yang sentiasa berulang-alik ke masjid, maka hendaklah kamu bersaksi dengan keimanannya”. (Hadith riwayat Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment