Sunday, 9 October 2011

Doa untuk ibu bapa

http://www.youtube.com/watch?v=iDhZOu81Rus

http://feryco.com/berdoalah-kepada-ibu-bapa

Islam Itu Indah
Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. Berdasarkan Hadith Nabi: “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari” ..


http://ibnrajab.wordpress.com/2008/08/26/doa-bahasa-arab/

Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa seorang diri
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Ikut perkataan al-Quran
Ada pendapat mengatakan doa ibubapa ini dipetik daripada ayat al-Quran (surah al-Isra’ ayat 24). Maka ikut sahajalah perkataan al-Quran. Itu bagus dan tepat sekali. Cuma kalau ikut perkataan al-Quran kita tak boleh ubah ayatnya. Mesti naqal (nukil) satu persatu. Maka anda perlu memetik potongan keseluruhan ayat tersebut iaitu:
Cuma sekiranya anda perhatikan lagi, dalam ayat berkenaan tidak ada perkataan “ampunkan dosa”. Maka anda tidak perlu menambah perkataan “ighfir zunub”. Ayat al-Quran tidak boleh disebut secara sesuka hati, ditambah dibuang di mana suka sahaja. Pelajarilah bahasa Arab. Jangan sakiti telinga mereka yang tahu sedikit sebanyak tentang bahasa Arab (apatah lagi mereka yang mahir seperti guru-guru al-Quran) apabila mendengar doa-doa dibacakan.

No comments:

Post a Comment