Danial Zainal Abidin
TANPA ILMU DATANG RAGU:
Dalam surah Muhammad ayat 19 Allah berfirman, "Ketahuilah sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun atas dosa-dosamu dan dosa-dosa mukminin dan mukminat.."
Berhubung dengan ayat ini, dalam al-Jamik li ahkam al-Quran, dilaporkan, "Imam Sufyan bin 'Uyainah ditanya tentang kelebihan ilmu dan beliau menjawab, 'Apakah kamu tidak mendengar kalam Allah (iaitu ayat 19 surah Muhammad) yang bermula dengan 'Ketahuilah' sekali gus menunjukkan Allah mahu kita menguasai ilmu terlebih dahulu sebelum beramal.." Pada hari ini ketika Islam diserang dari pelbagai penjuru ramai umat Islam tidak memiliki senjata asas untuk mempertahankan Islam, iaitu ilmu. Tanpa ilmu mereka bukan sahaja tidak mampu untuk membela kemurnian Islam, mereka juga mengizinkan keraguan menyerang diri mereka sendiri. (Petikan ringkas dari TUAN BERTANYA....)
No comments:
Post a Comment