Sunday, 30 June 2013

Cara dorong anak belajar

https://www.facebook.com/notes/dr-tengku-asmadi-bin-t-mohamad/cara-dorong-anak-belajar/10151575300143163 SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar? Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran. Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka. Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan: 1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh, tetapi si anak menganggap ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan sendiri. 2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Apabila semak, kita tahu selama ini anak-anak kita siap kerja sekolah atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat penting dari sekolah kepada kita. Ada kalanya pula kita menemui sesuatu yang tidak kita sangka seperti pemetik api, rokok atau bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita pastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajarannya. 3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa memandang rendah kebolehan anak mereka. Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada yang menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.Sikap begini amat merugikan kerana anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar. 4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa. 5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan. Misalnya, ibu bapa mungkin berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak belikan basikal baru.” Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas. Sebaliknya apabila ibu bapa berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan gagal mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkannya. 6. Cari peluang memuji anak. Jadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikan pasti ada banyak peluang bagi kita memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul atau apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. Memuji membolehkan anak tahu apa yang kita suka. Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulang kaji tanpa perlu diberitahu, maka pujilah dia. 7. Masukkan dia ke program motivasi. Ibu bapa usah terlalu berkira-kira mengeluarkan sedikit pelaburan bagi merangsang anak belajar. Pengalaman saya hampir 20 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar. Ada ketikanya mereka mahu belajar, tetapi tidak tahu cara, di mana mahu bermula, terlalu banyak perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk. Tip bonus, berikan anak-anak makanan yang berkhasiat. Banyak kajian menunjukkan bahawa pemakanan ada kaitannya dengan tingkahlaku manusia. Kenapa tidak, berikan anak-anak JuzQ30 iaitu produk minda yang menggunakan ramuan terbaik terdiri daripada bahan-bahan pemakanan yang disebut dalam al-Quran seperti delima, madu, habatussauda, kurma, manna, zaitun, zaffaran dan ditambah dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, pegaga, badam, garam bukit, kismis, zaktar dan diadun menggunakan air Zamzam serta diterpikan dengan 30 juz al-Quran. Zaffaran digunakan untuk menulis 6,236 huruf al-Quran.

No comments:

Post a Comment