Wednesday, 25 April 2012

Umrah dan Haji_MKI & KRTS

Bila tiba di Mekah dan Madinah Tempoh melaksanakan ibadat umrah dan ziarah sangat pendek. Kebiasaannya, 12 hari +2 hari perjalanan. Berada di sini perlukan perancangan. Perancangan adalah satu petua. Tips kami, rancanglah apa yang hendak dilakukan semasa di Mekah dan Madinah. Perancangan perlu berdasarkan premis mahu beramal ibadat sebaik mungkin semata-mata kerana Allah SWT. Rancanglah dengan sentiasa memohon kepadanya agar ia dapat dilaksanakan. Jika tidak, mohonlah agar Allah memberi ilham agar kita dapat melakukan sesuatu yang lebih baik di sisinya. Malah – kami fikir – merancang untuk melaksanakan ibadat merupakan ajaran penting dalam Islam. Pertimbangkan bagaimana Allah menyatakan melalui ayat 47-49, surah Yusuf, Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur Pertama, pertimbangkan untuk tidur seawal mungkin selesai usai solat Isya di Masjidil Haram atau Mekah. Katalah jam 9 atau 10 malam waktu Madinah bersamaan jam 2 – 3 pagi waktu Malaysia. Ia sepatutnya waktu tidur yang sesuai. Kemudian, bangunlah di sekitar 1.30 pagi waktu Mekah/Madinah bersamaan 6.30 pagi waktu Malaysia]. InsyaAllah ia boleh dilakukan. Dua pagi, kita mula bergerak ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Bila bertemu dengan tong air zam-zam, ambilah segelas dan berselawatlah sambil berdoa agar Allah menjadikan air tersebut sebagai penawar kepada segala penyakit. Kemudian – jika di Mekah - lakukan tawaf sunat sebanyak tujuh pusingan. Pengalaman kami, ia dapat disudahkan di antara 25 hingga 35 minit. Jika di Madinah, terus sahaja ke Raudhah (nota: wanita mempunyai jadual tersendiri untuk memasuki Raudhah) atau saf-saf hadapan di belakang Imam. Pengalaman rof MKI via http://muhdkamil.org/blog/2012/04/25/bila-tiba-di-mekah-dan-madinah/ Pada ketika ini jam menunjukkan jam 3.00 pagi di Mekah. Kemudian, lakukan solat sunat, bermunajat, membaca al-Quran, solat sunat, bermunajat, berzikir, solat sunat dan…. akhirnya azan pertama dilaungkan menandakan sejam lagi masuklah solat subuh. Masa akan bergerak pantas sehinggalah selesai solat solat subuh. Jika berkemampuan, sebelum meninggalkan masjid, lakukan tawaf sunat sekali lagi. InsyaAllah ia masa yang bermanfaat dan tidak membosankan. Saya terkenang saat-saat pulang ke hotel sekitar jam 7.00 pagi sambil membeli makanan untuk sarapan pagi. Pada ketika inilah rakan-rakan sebilik berkumpul sambil menikmati juadah yang dikongsi bersama. Saya terkenangkan Wak Daud secara sukarela membacuh teh O buat kami semua. Jam menunjukkan 8.30 pagi waktu Mekah. Bayangkan waktu di Malaysia. Pada ketika ini kita sedang bersiap-siap menamatkan urusan pejabat sebelum memenuhi waktu rehat tengahari. Apakah yang paling seronok yang dapat dilakukan pada ketika ini? Bagi saya, jika dapat melelapkan mata sekejap, alangkah bahagianya. Begitulah, di Mekah atau di Madinah berehatlah seumpama di Malaysia bagi mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang malam di masjid. Bezanya, kita berehat jam 8.30 pagi di Mekah yang bersamaan jam 1.30 tengahari di Malaysia. Cukuplah tidur ringkas selama sejam. Jadi biarkan suasana tersebut. Biarlah suasana malam di sana seumpama siang di Malaysia. Ia masa yang sangat mengasyikkan untuk beramal ibadat. Barangkali 4 -5  jam waktu tidur sehari semalam sudah mencukupi. Di sekitar 10 – 11 pagi bergeraklah kembali ke Haram. Allah… Allah…. jangan terlalu berfikir tentang berehat. Masa sangat singkat. Dan ia bukan tiap-tiap hari kita boleh berada di Haram. Ini adalah satu cadangan yang telah kami amalkan selama hampir 45 hari di Mekah dan Madinah. Lakukan sedikit ubah-suai apabila melakukan ibadat umrah dan ziarah. Isu yang lebih besar ialah membuat perancangan dan berdoa supaya perancangan itu dimakbul Allah jika ia terbaik di sisiNya. Ia sangat sesuai buat kami sekeluarga tetapi mungkin tidak sesuai buat yang lain. ---------- Mardiana Shafiee says: April 25, 2012 at 3:25 pm Assalamualaikum Prof, Di sini sya ingin berkongsi pengalaman berada di Mekah di sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2010 & 2011. Suasana mencabar. Cuaca panas. Sesak dgn jemaah seperti musim haji, cuma jemaah umrah Ramadan lebih aggresif, ramai orang Arab & kanak2. Hari malam2 sebelum lailatulqadar, solat terawih 20 rakaat & witir 3 rakaat tamat jam 11mlm. (Solat isya dilewatkan 30min). 1 malam, imam baca lebih sedikit 1 juzuk. Sbb utk habiskan 30 juzuk pada mlm 29 Ramadan. Imam bertukar selepas 10 rakaat terawih. Masa ini juga kekdg2 ada solat jenazah. Masa ini juga, masa yg sesuai utk keluar saf utk menamatkn terawih. Tiap2 mlm ada doa qunut masa rakaat ke 3 witir. Pada 10 akhir ramadan, terawih 20 rakaat tamat jam 10.45mlm. Solat malam 10 rakaat & witir 3 rakaat bermula jam 1pg (TEPAT!) dan tamat sekitar 3pg. Utk solat mlm, imam baca 1 juzuk juga utk 10 rakaat. Jadi bacaan lebih laju dari terawih. Malam 27 ramadan adalah yg PEAK! (Sesiapa yg balik ke hotel selepas Isya, sukar utk dpt laluan ke masjid utk solat malam. ramai yg kandas di jalan). Doa qunutnya amat panjang. Dlm 30 min. Kebiasaannya sya balik hotel selepas terawih. berbuka dgn kurma (ramai orang bersedekah) & zam2 shj. Cukup. Waktu tidur mmg kelam kabut & tidak mencukupi…ada masanyer sya ‘tuang’ & buat terawih 10 rakaat aje. Menjaga kesihatan juga menjadi cabaran, terutama dgn cuaca panas. Wpun cuaca panas terik, tetap masih ramai yg bertawaf sunat. Paling sesak lepas asar & maghrib… Namun sya masih terus berdoa utk dpt ke Mekah lg dlm bulan Ramadan. Masih bnyk lg yg perlu saya perbaiki. Wassalam….

No comments:

Post a Comment