Tuesday, 24 April 2012
Doa tahan kentut
Doa Tahan Kentut
Maaf tajuk posting pertama agak kurang sopan tetapi dipilih kerana doa ini amat mujarab dan selalu diamalkan oleh kami sekeluarga. Semuanya berlaku dengan izin Allah yang Maha Berkuasa.
بسم الله الر حمن الر حيم
أُعِيْذُهُ بِالْوَاحِدِ الصَّّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّّ ذِيْ حَسَدٍ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّّةَإِلاَّّبِا للهِ الْعَلِيِّّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya:
Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung.
Doa ini dipelajari sewaktu saya mengikuti kursus haji pada tahun 2004 bersama Ustazah Kalthom Binti Dato' Hisham yang merupakan salah seorang pakar rujuk Tabung Haji. Doa ini turut juga dikenali sebagai doa Siti Fatimah.
1- Menahan kentut/ buang air besar/ buang air kecil
Selalunya setelah berwudhu mulalah kita terasa nak terkentut akibat dikacau oleh syaitan. Kebiasaannya di Makkah, kita telah mengambil wudhu dahulu di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Masjidil Haram dan berada di situ sehingga selesai beberapa waktu solat. Ia juga sesuai sebagai ikhtiar untuk menahan diri daripada membuang air kecil dan besar semasa berada dalam perjalanan jauh seperti sewaktu pergi dan balik dari Makkah ke Arafah dan Mina yang kadang-kadang memakan masa selama 5 jam seperti yang saya hadapi waktu itu akibat kesesakan jalanraya.
Cara mengamalkannya:
Doa ini dibaca setelah ambil wudhu dan bersiap-siap hendak ke masjid.
Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di ari-ari).
Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang 3 kali (doa dan sapu).
Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.
Mohon doa: Ya Allah, mudah-mudahan wudhuku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah.
Balik ke bilik dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.
2- Merawat kembung perut dan senggugut
Kerap saya amalkan pada diri sendiri dan anak saya semasa dia masih kecil sehingga sekarang (8 tahun) ketika mengadu sakit perut. Setelah diusap perutnya dia akan membuang angin dan berasa lega.
Cara mengamalkannya:
Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan di sapu menghala ke bawah supaya boleh buang angin. Ulang 3 kali atau sampai lega insyaAllah.
3- Mengelak kandungan gugur/ kenan
Telah saya syorkan kepada rakan saya yang pernah mengalami tujuh kali keguguran. Alhamdulillah dengan izin Allah, kandungan kelapannya selamat dan beliau telah pun mendapat seorang cahaya mata perempuan yang comel tahun lepas. Saya juga mengamalkannya kini sejak hamil anak kedua kerana mengalami pendarahan pada tiga bulan pertama kehamilan. Semoga Allah terima serta permudahkan dan semuanya selamat semasa proses kelahiran yang dijangka insyaAllah pada bulan Disember tahun ini.
Cara mengamalkannya:
Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas ari-ari dan disapu menolak ke atas. Ulang 3 kali.
Dilakukan hanya bila serviks sudah terbuka untuk bersalin (kalau kembung perut pun kena guna kaedah lain). Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan disapu menghala ke bawah. Ulang 3 kali.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku adalah di atas izin dan perkenan Allah s.w.t..
Yakin dan bertawakkallah kepada Allah sentiasa.
(sumber asal: http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5672092796121440220#editor)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment