Thursday, 18 July 2013

Air zam-zam

Air Zam-zam 1. Keistimewaan Air Zam-zam : Berkaitan kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Antara keistimewaan yang Allah SWT anugerahkan kepada air zam-zam ialah :- a. air terbaik di atas muka bumi, b. dapat menyembuhkan penyakit, c. diberkati dan mengenyangkan, d. makbul doa yang dihasrati, e. salah satu air mata syurga, f. kurniaan Allah SWT kerana berkat doa Nabi Ibrahim a.s. , g. air yang digunakan oleh Malaikat untuk membersihkan hati Rasulallah s.a.w., h. dapat menyembuh demam panas, i. tidak akan kering sehingga hari qiamat, j. boleh memberi tenaga, k. bersih dan tidak berpati. 2. Adab minum air Zam-zam : a. Ambil air dari bekas dengan tangan kanan, berdiri mengadap kiblat, b. Baca 'Basmalah' sebelum minum, c. Selawat ke atas Nabi s.a.w.. d. Tarik nafas tiga kali minum tiga-tiga teguk sekali bernafas, e. Memuji Allah SWT (memadai menyebut 'Alhamdulillah) setiap kali berhenti meneguk, f. Membaca doa sebelum atau selepas minum, Doa minum air zam-zam : بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـمِ اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقـًا وَاسِعًا وَشِفَـاءً مِنْ كُلِّ دَآءٍ. “Ya Allah, aku memohon daripadaMu ilmu yang berguna, pintu rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit. A'min." Unsur: Jom Umrah & Haji (wall post FB) KURSUS HAJI DAN UMRAH

No comments:

Post a Comment