Showing posts with label Family tie. Show all posts
Showing posts with label Family tie. Show all posts

Monday, 21 May 2012

Cara Rasulullah mendidik anak-anak

Bagaimana Rasulullah Mendidik Anak Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu: Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat. Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal. Source: ~LB~ By: Dunia macam-macam

Saturday, 26 November 2011

Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri

http://www.youtube.com/watch?v=Oajrn8QUmuo&feature=colike
Isteri yg celik mata dan jiwanya akan bahagia dan membahagiakan. Apakah tujuan kita menjadi isteri? Visi kita... apakh matlamat kehidupan kita?
menjaga kesihatan minda.....
Bangun pagi:
Berfikiran positif:
  1. bersyukur
  2. tujiuan berkahwin
  3. Untuk mendapat anak yg soleh untuk mendoakan kita setelah mati (ie pencen mati)
  4. sentiasa menjaga hubungan kita (
  5. kewangan kita (jgn berlebihan & membazir)
Menyediakan makanan yg sihat.
5 tiang kehidupan yg sihat:

1) Fizikal- sihat tubuh badan. Jaga pemakanan (tahu tentang nutrisi)
Karbohidrat (Glycemic index yg tinggi & rendah)
Protein (lambat rasa lapar)_ susu, telur, air
Vitamin (perlu supplement kerana top soil dah kurang vitamin),
Exercise (jika kita tidak ada masa untuk senaman & kesihatan.... )

2) Mental (pemikiran) (apa dia bahan bacaan kita - buku & majalah yg kita baca. majalah yg berkualiti. Channel TV (channel apa yg kita pilih?). Melabur dlm Minda kita.

3) Kerohanian kita. manusia dijadikan hamba, khalimah & mengimarahkan dunia. jaga solat.

4) Menjaga Hubungan dgn manusia:
Bila jumpa suami- hargainya. sebut kebaikannya. jangan mengkritiknya. Layan org lebih dari kita dilayan. Buat org rasa penting.

Hormat menghormati sangat penting.
Puji & peluk anak-anak. katakan saya bangga mendapat anak seperti sipolan. naikkan imej anak-anak.
Wanita yg paling bijak, dia bijak menjaga hubungan dgn ibu mertua.

5) Menjaga Kewangan. jaga skin care, pemakanan. Jaga kecantikan. jaga kebersihan hidung, mata, mulut. Jaga hati, perasaan & jiwanya. Allah, rasul & suami.
Keutamaan- makanan kesihatan & buku untuk kesihatan minda. Cara belajar yg baik. motivasi yg baik.

Untuk bahagia sepanjang hayat dapatlah anak-anak yg baik. jadilah isteri yg baik.
Kita semua hamba Allah. kalau meninggal esok-esok adakah kita senyum.

Tekankan lima perkara

Wednesday, 26 October 2011

Doa ibu bapa

http://feryco.com/doa-ibu-bapa-sumber-kekuatan-batin-bentuk-keperibadian-anak

Doa ibu bapa sumber kekuatan batin, bentuk keperibadian anak

Posted on December 27, 2010 under Islam by
  • 0diggsdigg
  • 13KShare

ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.
Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)
Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.
Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.
Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.
Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).
Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.
Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.
 

Wednesday, 19 October 2011

Thursday, 15 September 2011

Jagalah hati ibu bapa kita

http://syedroslanjaafar.blogspot.com/2011/05/bacalah-dengan-hati.html