Thursday, 18 July 2013

Doa untuk anak & keturunan

From Prof Dr Muhaya It is recommended to make du`ā’ for one’s grandchildren along with one’s children, even before their existence. The wife of `Imrān, the mother of Maryam, said:{ وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ }“And I have named her Maryam, and I seek refuge with You for her and for her descendants from Shayṭān, the outcast.” [Āl `Imrān 3:36]--Shaikh Abdul Aziz Al-Tarefe

Air zam-zam

Air Zam-zam 1. Keistimewaan Air Zam-zam : Berkaitan kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Antara keistimewaan yang Allah SWT anugerahkan kepada air zam-zam ialah :- a. air terbaik di atas muka bumi, b. dapat menyembuhkan penyakit, c. diberkati dan mengenyangkan, d. makbul doa yang dihasrati, e. salah satu air mata syurga, f. kurniaan Allah SWT kerana berkat doa Nabi Ibrahim a.s. , g. air yang digunakan oleh Malaikat untuk membersihkan hati Rasulallah s.a.w., h. dapat menyembuh demam panas, i. tidak akan kering sehingga hari qiamat, j. boleh memberi tenaga, k. bersih dan tidak berpati. 2. Adab minum air Zam-zam : a. Ambil air dari bekas dengan tangan kanan, berdiri mengadap kiblat, b. Baca 'Basmalah' sebelum minum, c. Selawat ke atas Nabi s.a.w.. d. Tarik nafas tiga kali minum tiga-tiga teguk sekali bernafas, e. Memuji Allah SWT (memadai menyebut 'Alhamdulillah) setiap kali berhenti meneguk, f. Membaca doa sebelum atau selepas minum, Doa minum air zam-zam : بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـمِ اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقـًا وَاسِعًا وَشِفَـاءً مِنْ كُلِّ دَآءٍ. “Ya Allah, aku memohon daripadaMu ilmu yang berguna, pintu rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit. A'min." Unsur: Jom Umrah & Haji (wall post FB) KURSUS HAJI DAN UMRAH

Monday, 1 July 2013

Doa mustajab

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” Credit to Hmetro http://mirlme.com/9-petua-doa-mustajab-dari-rasulullah-s-a-w/

Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam

Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T. Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman. Antara amalan yang disarankan ialah : 1) Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa. 2) Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan. 3) Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti : [+] Surah Al-Fatihah dan ayat kursi [+] Surah Yaasin [+] Surah Taubat [+] Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat) [+] Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna). [+] Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat) [+] Surah An-Nahl ayat 78 [+] Surah Al-’Araaf ayat 189 Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T. Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman. Antara amalan yang disarankan ialah : 1) Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa. 2) Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan. 3) Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti : [+] Surah Al-Fatihah dan ayat kursi [+] Surah Yaasin [+] Surah Taubat [+] Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat) [+] Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna). [+] Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat) [+] Surah An-Nahl ayat 78 [+] Surah Al-’Araaf ayat 189 Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Sumber:https://www.facebook.com/SemanisKurmaTv9?fref=ts

Sunday, 30 June 2013

Cara dorong anak belajar

https://www.facebook.com/notes/dr-tengku-asmadi-bin-t-mohamad/cara-dorong-anak-belajar/10151575300143163 SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar? Ibu bapa pasti gembira apabila anak pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran. Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah. Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka. Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan: 1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh, tetapi si anak menganggap ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan sendiri. 2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Apabila semak, kita tahu selama ini anak-anak kita siap kerja sekolah atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat penting dari sekolah kepada kita. Ada kalanya pula kita menemui sesuatu yang tidak kita sangka seperti pemetik api, rokok atau bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita pastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajarannya. 3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa memandang rendah kebolehan anak mereka. Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada yang menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.Sikap begini amat merugikan kerana anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar. 4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa. 5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan. Misalnya, ibu bapa mungkin berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak belikan basikal baru.” Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas. Sebaliknya apabila ibu bapa berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan gagal mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkannya. 6. Cari peluang memuji anak. Jadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikan pasti ada banyak peluang bagi kita memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul atau apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. Memuji membolehkan anak tahu apa yang kita suka. Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulang kaji tanpa perlu diberitahu, maka pujilah dia. 7. Masukkan dia ke program motivasi. Ibu bapa usah terlalu berkira-kira mengeluarkan sedikit pelaburan bagi merangsang anak belajar. Pengalaman saya hampir 20 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar. Ada ketikanya mereka mahu belajar, tetapi tidak tahu cara, di mana mahu bermula, terlalu banyak perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk. Tip bonus, berikan anak-anak makanan yang berkhasiat. Banyak kajian menunjukkan bahawa pemakanan ada kaitannya dengan tingkahlaku manusia. Kenapa tidak, berikan anak-anak JuzQ30 iaitu produk minda yang menggunakan ramuan terbaik terdiri daripada bahan-bahan pemakanan yang disebut dalam al-Quran seperti delima, madu, habatussauda, kurma, manna, zaitun, zaffaran dan ditambah dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, pegaga, badam, garam bukit, kismis, zaktar dan diadun menggunakan air Zamzam serta diterpikan dengan 30 juz al-Quran. Zaffaran digunakan untuk menulis 6,236 huruf al-Quran.

Spirit vinegar ruling

http://www.yanabi.com/index.php?/topic/17204-is-spirit-vinegar-halal/ Question What is the Islamic view on consuming vinegar, is it the same as alcohol? * * * Answer Vinegar does not contain any intoxicating qualities and for that reason, it is not forbidden -- it is permissible (halal). Vinegar, which is used as both a flavour enhancer and a food preservative, results from the conversion of ethyl alcohol to acetic acid by acetic-acid bacteria. (Please see below for why vinegar is considered halal). Regulations in the U.S.A., for example, require that the unmodified name "vinegar" apply only to the product which has been derived from apples and that this product contain not less than 4 g of acetic acid in 100 ml of vinegar. Vinegar also contains small quantities of ash, sugars, phosphoric acid, and glycerol. A quick method of manufacture is to pour fermented apple cider containing about 10 percent alcohol over wood shavings while air is blown through the mixture. The resulting liquid is then clarified and filtered. Malt vinegar is preferred in Britain, and wine vinegar in continental Europe. The final product of this chemical process does not have any intoxicating qualities whatsoever and is therefore halal. Vinegar may be produced from a variety of materials: apples or grapes (final product - wine vinegar or cider vinegar); malted barley or oats (final product - malt vinegar); and industrial alcohol (final product - distilled white vinegar). The intoxicating quality is removed when vinegar is made. However, the intoxicating qualities still remain unchanged for nabeez, which is made from ripened dates and has not been put through the oxidizing and filtering process that vinegar is put through. For this reason nabeez is forbidden (haram) The holy Prophet p.b.u.h. said: Book 22, Number 5091: [Sahih Muslim] Narrated A'isha: Allah's Apostle (p.b.u.h) said: The best of condiments or condiment is vinegar. Book 22, Number 5093 [Sahih Muslim]: Narrated Jabir ibn Abdullah: Allah's Messenger (p.b.u.h.) asked his family for a condiment. They (the members of his household) said: We have nothing with us but vinegar. He asked for it, he began to eat it, and then said: Vinegar is a good condiment, vinegar is a good condiment. Jurists pronouncements If the vinegar was made by adopting certain processes such as by mixing salt with it or aerating wine and exposing it to Acetobacter bacteria, (which alters the wine completely and changes it to vinegar) such vinegar is also permissible (halal) according to the Hanafi doctors of law. However, according to some other jurists, this conversion into vinegar is unlawful (haram) (Bahar 8:219) It has been related by Abu Hurairah that, in the days of the Prophet p.b.u.h., wine was generally made from 5 different sources: grapes, dates, wheat, barley and rye. According to the Qur'an, every intoxicating substance is "khamar" and is therefore prohibited. It is also a rule of law that if a larger amount of a certain intoxicating substance creates an intoxicated condition, then even the smallest possible quantity of the same substance, irregardless of whether or not it creates an intoxicated condition, is also forbidden (haram). However, in cases of extreme necessity, i.e., such as for medicines which have been prepared in the western countries and which contain alcohol, these medicines would be permissible (halal). The legal principle It is important to keep in mind the legal principle which governs such situations. This legal principle can be explained as follows: In the process of converting (i.e., changing the chemical or physical character of) one object or a thing into another object or thing depends on two distinct series of acts or changes which pass from one phase or state to another: 1. In the first type of change, the essential nature and a fundamental quality of a thing (substance) (eg. the intoxicating ability of wine) is changed to such an extent that it virtually becomes a new substance. In Islamic legal terminology, such a change is called istihala. Since the newly transformed substance is not what it used to be anymore, it's legal status will change accordingly -- not only for external use but also for internal use. Here the legal status changes because the wine, which is an "unclean" (najis) substance, has been changed into a "clean" substance. 2. The second type of change is like the decomposition or splitting of a thing into several parts or components. In the Fiqh (Islamic Law) terminology, it is called "tajziah". If the essence and the fundamental nature of the changed thing (eg. the intoxicating ability) remains intact or reduced but leaves traces of the original quality intact, its previous legal status remains unchanged. Accordingly, the old laws and rules applicable to its old status eg. haram (forbidden) and najis (unclean) continues. For example, if wine has been altered only to remove its colour or smell, but not its intoxicating element or quality, then the object or thing has not changed in the real sense, because as far as the legal command which relates to its unlawfulness is concerned, the essential intoxicating element has not been completely eliminated or removed.

Saturday, 29 June 2013

Solat sunat Witir_cara

Tatacara Mengerjakan Solat Witr. Solat Witr 1 rakaat Rakaat Pertama 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Duduk untuk tahiyyat akhir 12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua : 1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’: أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ. Maksudnya : Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991. * Tatacara mengerjakannya Rakaat Pertama 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Bangun untuk rakaat kedua Rakaat Kedua 1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10) 2) Duduk untuk tahiyyat akhir 3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir Rakaat Ketiga 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Duduk untuk tahiyyat akhir 12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri 2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam. مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً. يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا. Maksudnya : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147. Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا Maksudnya : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683. Artikel asal: https://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10151435203441612