Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Status Update
By Sham Kamikaze
Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.

Maksudnya :

Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683.

Monday, 9 September 2013

Keutamaan Solat Isyraq

Keutamaan Solat Isyraq Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.) Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’. Sumber: FB posting Islam Itu Indah Dan Lengkap

Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) . Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani) Sumber: FB Posting Islam Itu Indah Dan Lengkap

Saturday, 29 June 2013

Solat sunat Witir_cara

Tatacara Mengerjakan Solat Witr. Solat Witr 1 rakaat Rakaat Pertama 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Duduk untuk tahiyyat akhir 12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua : 1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’: أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ. Maksudnya : Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991. * Tatacara mengerjakannya Rakaat Pertama 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Bangun untuk rakaat kedua Rakaat Kedua 1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10) 2) Duduk untuk tahiyyat akhir 3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir Rakaat Ketiga 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Duduk untuk tahiyyat akhir 12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri 2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam. مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً. يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا. Maksudnya : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147. Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا Maksudnya : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683. Artikel asal: https://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10151435203441612

Tuesday, 7 February 2012

Kuliah _utube-_Solat, hadith 40, Tafsir

http://www.youtube.com/watch?v=OFpNHg196OM&feature=related (3 - 4)
http://www.youtube.com/watch?v=dpAuXfgMz9w&feature=related (4 - 5)
http://www.youtube.com/watch?v=nzWK8RVVJAI&feature=related (6 - 12)
http://www.youtube.com/watch?v=TI4f1FE-cjg&feature=related (13-14)
http://www.youtube.com/watch?v=3U3_s7xRPi8&feature=related (15-19)
http://www.youtube.com/watch?v=vmViOR0R77k&feature=related (19-23)

http://www.youtube.com/watch?v=d7qYSM7ZyJY&feature=related (24-29)

http://www.youtube.com/watch?v=KtNqzbqTAJI&feature=related (erti syukur)

http://www.youtube.com/watch?v=9GrE84LeaoA&feature=related (kuliah subuh-Ustaz Azman Shapawi)

--------------------
http://www.youtube.com/watch?v=kgmHhV0zPyA&feature=related (mukadimah Sifat Solat Nabi Yang Sahih | siri 1 part (1) | Syeikh Abd Qadir Bin Syed Hussein Aljoofre).

---------------------

Hadis 40 (Imam Nawawi)- Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin al-Joofre.
http://www.youtube.com/watch?v=6Eq6Zgn6hIA&feature=related (hadis 1-Niat)

http://www.youtube.com/watch?v=ph1ZbJUgQtM&feature=related (hadith 2- Hadis 2 (Islam, Iman, Ihsan)

http://www.youtube.com/watch?v=njcL8SHmFFE&feature=related (hadith 3- (Rukun Islam)

http://www.youtube.com/watch?v=ZhDJjNTMCTw&feature=related Siri Hadis 40 - Hadis 4 (Penciptaan Manusia)

http://www.youtube.com/watch?v=Kn1_pT9j0qM&feature=related (Siri Hadis 40 - Hadis 5 (Bida'ah)

http://www.youtube.com/watch?v=Xrz_08dE_JE&feature=related (Siri Hadis 40 - Hadis 6 (Halal dan Haram)

http://www.youtube.com/watch?v=bsfLpa_pHxM&feature=related (Siri Hadis 40 - Hadis 7 (Agama Itu Nasihat)

http://www.youtube.com/watch?v=orzRaOwDeqE&feature=related (Hadis 8 - Kehormatan Muslim)

http://www.youtube.com/watch?v=30NrqPpeLkk&feature=related (Hadis 9 - Meninggalkan Yang Terlarang Melakukan Yang Termampu)

------------------------------

http://www.youtube.com/watch?v=kmWKwFQwCTc&feature=related (hadith 4- Telaga Biru TV : Ustaz Zahazan - Hadis 40 - Proses Kejadian Manusia).

http://www.youtube.com/watch?v=88fxiMWASd8&feature=related (hadith 1- Telaga Biru TV : Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed - Hijrah)

---------------------
Tafsir Al-QURAN
http://www.youtube.com/watch?v=w5vyHbO27zg&feature=related (Ust Dr Hj Zahazan - tafsir Al-Quran (1)- bagaimana untuk mendapatkan kasih Allah) surah al-Maidah ayat 54)

http://www.youtube.com/watch?v=vzIPLJTZuwQ&feature=related (tafsir Al-Quran (2-Jihad)
tauhid, perjuangan para nabi dgn kaum masing-masing, asal usul manusia, keengkaran syaitan, menjauhi syirik.
----
http://www.youtube.com/watch?v=_l47V09-8Oc&feature=related (Ustaz Zahazan - Tafsir Al-Ikhlas)

http://www.youtube.com/watch?v=sCYtby9gZgI&feature=related (Ust Zahazan - Tafsir Al-Falaq)

-------------------

http://www.youtube.com/watch?v=kLEpZL3NBZs&feature=related (ZIKIR 1)
http://www.youtube.com/watch?v=uZmXuk0ijUg&feature=related (ZIKIR 2)
http://www.youtube.com/watch?v=SZ5DXDG1Oz8&feature=related (zikir 4)

http://www.youtube.com/watch?v=NPJarYM1gNU&feature=related (zikir 5)

-----------------------
http://www.youtube.com/watch?v=6Yc6qT8Db4I&feature=related (
----------------------------

http://www.youtube.com/watch?v=jNnT70qkB5g&feature=related (Ustaz Ismail kamus_berkat)










ustaz zahazan surah al a'raaf (1)

Tuesday, 22 November 2011

Hard time to pray_Q and A

http://www.youtube.com/watch?v=qdemzDdljbM

Im a Muslim and Im having a hard time to pray Nouman Ali Khan- TheDeenShow

Saturday, 5 November 2011

Cara solat sunat Aidil Adha

http://feryco.com/ulangkaji-cara-solat-sunat-aidiladha

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. 
 
Panduan ringkas:

1. Takbiratul ihram /Niat solat:
Lafaz niat: “Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (untuk solat seorang diri).
“Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taalah” (jika ikut imam).
“Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” (jika jadi imam).
Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.
2. Membaca doa iftitah.
3. Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

4. Membaca fatihah dan surah al. Akla.
5. Rukuk dan sujud seperti biasa.
6. Iktidal dan berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
7. Membaca fatihah dan surah al.Ghasyiyah.
8. Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
9. Memberi salam.
10. Disunatkan takbir dan doa,
11. Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)
Peringatan:
a. Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.
b. Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah).
c. Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua)
d. Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. (Aidil Fitri dan Aidil

Friday, 4 November 2011

Hayati baccan di antara dua sujud

TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung2 kan, selamat beramal......

By: Mohamad Azzwan Niza

Thursday, 3 November 2011

Tahajjud_Ustaz Zahazan


https://www.facebook.com/home.php?ref=home#!/photo.php?fbid=10150333714983341&set=a.193167228340.127195.139381643340&type=1&theater

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.
Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."
Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.
Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.
Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

- Solusi 12

Tuesday, 1 November 2011

Sejarah azan

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3884-bibit-pertama-seruan-azan.html

Bibit Pertama Seruan Azan

alt
Setiap hari kita mendengar lima kali seruan azan daripada masjid tetapi adakah kita mengetahui tentang sejarahnya. Tahukah kamu dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?
Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.
Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:
"Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi."
Lalu berkata Umar:
"Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?"
Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."
Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.
Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat.
"Telah datang waktu solat."
Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda S.A.W tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a, beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.
Abdullah: "Wahai hamba Allah S.W.T, adakah kamu jual naqush itu?"
Pembawa loceng: "Apa yang engkau buat dengannya?"
Abdullah: "Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat."
Pembawa loceng: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"
Abdullah: "Ya."
Pembawa loceng: "Kumandangkanlah Allahuakbar...(hingga akhir azan)."
Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai mimpinya. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau."
Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.
Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:
"Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah S.W.T."
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.
Al-Bazzar berkata:
"Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda S.A.W menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s, Allah S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."
Akhir kalam, semoga dengan pembacaan sejarah azan ini dapat menyedarkan kita betapa tingginya darjat azan kerana di akhir zaman ini rata-rata umat Islam lansung tidak menghormati seruan azan ini malah menganggap azan itu sebagai bunyi cengkerik di tengah malam.
Tidak malukah kita sebagai hamba Allah S.W.T dapat menghormati lagu Negaraku dengan berdiri sebagai menghormatinya tetapi seruan azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan di langit ketujuh.

Glosari

1) Naqush=Loceng

Sunday, 30 October 2011

Solat yg baik mampu menghapus dosa

iluvislam.com
‎[Malay] Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku'nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar." Riwayat Muslim

Saturday, 22 October 2011

Disiplin solat 5 waktu

http://pembinaanpribadi.blogspot.com/2011/09/disiplin-sholat-lima-waktu.html


SABTU, 24 SEPTEMBER 2011

Disiplin Sholat Lima Waktu
Di antara ciri menonjol muttaqin (orang-orang bertaqwa) ialah rajin menegakkan sholat sebagaimana diperintahkan Allah ta’aala dan dicontohkan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ


“Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (QS AlBaqarah ayat 2-3)


Muttaqin menyadari bahwa sholat merupakan bukti keimanan yang sangat signifikan. Dan mereka sangat menyadari betapa besar akibatnya bila seseorang dengan sengaja meninggalkan sholat wajib lima waktu tanpa alasan yang dibenarkan syariat. Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menggambarkan orang yang meninggalkan sholat sebagai terlibat dalam kekufuran bahkan kemusyrikan!

سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ

“Aku mendengar Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Sesungguhnya antara seorang lelaki dan kemusyrikan serta kekufuran ialah meninggalkan sholat.” (HR Muslim 116)

Malah dalam hadits lainnya Nabi shollallahu ’alaih wa sallam berlepas diri dari orang yang dengan sengaja melalaikan kewajiban sholat. Sehingga beliau mengatakan bahwa tindakan tersebut akan menghilangkan jaminan Allah ta’aala dan RasulNya atas orang itu pada hari berbangkit kelak.

عَنْ أُمِّ أَيْمَنَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَتْرُكْ الصَّلَاةَ مُتَعَمِّدًا فَإِنَّهُ مَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

Dari Ummu Aiman radhiyallahu ’anha bahwa sesungguhnya Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Jangan kamu tinggalkan sholat dengan sengaja. Karena sesungguhnya barangsiapa meninggalkan sholat dengan sengaja maka sungguh lepaslah darinya perlindungan Allah ta’aala dan RasulNYa.”(HR Ahmad 26098)

Dan perlu diketahui bahwa urusan paling awal yang akan Allah ta’aala periksa atas hamba-hambaNya pada hari pengadilan ialah sholatnya. Barangsiapa yang sholatnya dikerjakan dengan baik maka beruntunglah dia, dan sebaliknya barangsiapa yang sholatnya dinilai kurang, maka kekurangannya hanya bisa ditutup bila hamba tersebut punya simpanan sholat sunnah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَلَاتُهُ فَإِنْ وُجِدَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتُقِصَ مِنْهَا شَيْءٌ قَالَ انْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ لَهُ مِنْ تَطَوُّعٍ يُكَمِّلُ لَهُ مَا ضَيَّعَ مِنْ فَرِيضَةٍ مِنْ تَطَوُّعِهِ ثُمَّ سَائِرُ الْأَعْمَالِ تَجْرِي عَلَى حَسَبِ ذَلِكَ

“Sesungguhnya hal pertama yang diperhitungkan dari seorang hamba Allah ta’aala pada hari kiamat ialah sholatnya. Jika didapati ia sempurna maka ia dicatat sebagai sempurna. Jika didapati terdapat kekurangan, maka dikatakan ”Coba lihat adakah ia memiliki sholat sunnah yang dapat melengkapi sholat wajibnya?” Kemudian segenap amal perbuatannya yang lain diproses sebagaimana sholatnya. (HR AnNasai)

Saudaraku, tegakkanlah sholat wajib lima waktu dengan disiplin. Sebab Nabi shollallahu ’alaih wa sallam mengatakan bahwa sholat wajib akan menghapuskan segenap kesalahan seorang muslim laksana daun yang berguguran dari sebatang pohon.

فَقَالَ:"إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا تَوَضَّأَ، فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ صَلَّى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ تَحَاتَّتْ خَطَايَاهُ، كَمَا تَحَاتَّ هَذَا الْوَرَقُ"، ثُمَّ تَلا هَذِهِ الآيَةَ: {أَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ} [هود: 114] .

“Seorang muslim bila berwudhu dan ia baguskan wudhunya kemudian ia sholat lima waktu, maka berguguranlah kesalahannya seperti bergugurannya daun ini.” Kemudian beliau membaca ayat sbb: “Tegakkanlah sholat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat”. (HR Thabrani 6028)

Saudaraku, usahakanlah sedapat mungkin untuk selalu menegakkan sholat wajib lima waktu berjamaah di masjid, khususnya bagi kaum pria muslim. Sebab ahli fiqih dari kalangan para sahabat, yaitu Abdullah ibnu Mas’ud radhiyallahu ’anhu mengatakan bahwa orang yang sholatnya dikerjakan di rumah –bukan di masjid- berpotensi untuk menjadi sesat dari jalan Allah ta’aala.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ

Ibn Mas’ud radhiyallahu ’anhu berkata: “Barangsiapa ingin bertemu Allah ta’aala esok hari sebagai seorang muslim, maka ia harus menjaga benar-benar sholat pada waktunya ketika terdengar suara adzan. Maka sesungguhnya Allah subhaanahu wa ta’aala telah mensyari’atkan (mengajarkan) kepada Nabi shollallahu ’alaih wa sallam beberapa SUNANUL-HUDA (perilaku berdasarkan hidayah/petunjuk) dan menjaga sholat itu termasuk dari SUNANUL-HUDA. Andaikan kamu sholat di rumah sebagaimana kebiasaan orang yang tidak suka berjama’ah berarti kamu meninggalkan sunnah Nabimu Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Dan bila kamu meninggalkan sunnah Nabimu Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam pasti kamu tersesat.” (HR Muslim 1046).


Bahkan dalam hadits yang sama, Ibnu Mas’ud radhiyallahu ’anhu mengatakan bahwa pada masa Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam masih hidup tidak ada orang yang sengaja tidak sholat berjamaah di masjid kecuali orang munafiq yang tidak diragukan kemunafiqannya. Na’udzubillahi min dzaalika..!




وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ


Dan sungguh dahulu pada masa Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam tiada seorang tertinggal dari sholat berjama’ah kecuali orang-orang munafiq yang terang kemunafiqannya.” (HR Muslim 1046).



Sumber : http://www.eramuslim.com/suara-langit/ringan-berbobot/disiplin-sholat-lima-waktu.htm

Thursday, 20 October 2011

Membangun Rumah Di Surga Dengan Duabelas Rakaat

SENIN, 17 OKTOBER 2011

Membangun Rumah Di Surga Dengan Duabelas Rakaat
Sebagai dien (aturan hidup) yang syamil, kamil dan mutakamil (lengkap, sempurna dan saling menyempurnakan) ajaran Islam meliputi segenap urusan hidup. Islam tidak saja mengatur urusan hidup di alam fana dunia tetapi juga meliputi kehidupan di alam baqa akhirat.

Banyak arahan dari Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam yang mendorong seorang Muslim untuk berinvestasi jangka panjang bagi kebahagiaan hidup di akhirat. Malah Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menggambarkan bahwa seorang Muslim yang peduli dengan kehidupannya di alam sesudah meninggalkan dunia fana ini, merupakan Muslim yang cerdas. Kecerdasan seseorang bukanlah bilamana ia peduli sukses dalam kehidupan dunia namun tidak pernah merencanakan keberhasilan untuk hidupnya di alam akhirat.

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ

“Orang yang paling cerdas ialah orang yang banyak menghitung-hitung/evaluasi/introspeksi (‘amal-perbuatan) dirinya dan ber’amal untuk kehidupan setelah kematian. (At-Tirmidzi 8/499)

Bagi seorang Muslim keberhasilan di akhirat merupakan keberhasilan sejati. Sedangkan keberhasilan di dunia tidaklah dianggap sebagai keberhasilan kecuali jika keberhasilan tersebut mampu memperbesar peluang bagi dirinya untuk menjadi berhasil pula di akhirat. Inilah yang digambarkan Allah ta’aala melalui firmanNya sebagai berikut:

وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

”Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS Ali Imran ayat 185)

Saudaraku, salah satu arahan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam yang menarik untuk diperhatikan dan selanjutnya dilaksanakan ialah menegakkan sholat sunnah dua belas rakaat setiap hari. Tentu hal ini setelah menunaikan sholat lima waktu yang wajib dikerjakan setiap hari pula. Apa yang menarik dari arahan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam ini?
Yang menarik ialah reward atau ganjaran yang Nabi shollallahu ’alaih wa sallam janjikan bagi pelakunya. Coba simak hadits di bawah ini:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata: Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Barangsiapa rutin menegakkan sholat sunnah dua belas rakaat, maka Allah ta’aala akan membuatkan rumah baginya di surga, yaitu empat rakaat sebelum Zhuhur, dua rakaat sesudah Zhuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isya dan dua rakaat sebelum Subuh.” (HR Tirmidzi 379)

Bayangkan, saudaraku…! Hanya dengan mengerjakan perbuatan yang tidak sulit ini seseorang dijamin Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bakal Allah ta’aala bangunkan rumah alias istana di surga. Subhanallah...!

Namun sudah barang tentu untuk memperoleh fasilitas istimewa ini seorang Muslim tidak diharapkan hanya mengerjakannya satu hari seumur hidupnya lalu sesudah itu ia tinggalkan dan tidak pernah mengerjakannya lagi sama sekali. Jangan lupa Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menyuruh seorang Muslim untuk membiasakan diri melakukan suatu amal kebaikan dengan konsistensi dan keteguhan. Allah ta’aala menyukai hambaNya yang walaupun mengerjakan perkara kecil namun ia mau mengerjakannya secara kontinyu, terus-menerus, tidak angin-anginan, tidak musiman.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اكْلَفُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ وَكَانَ إِذَا عَمِلَ عَمَلًا أَثْبَتَهُ

Dari Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata: Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:“Lakukanlah amal sesuai kesanggupan. Karena sesungguhnya Allah ta’aala tidak akan bosan sehingga engkau menjadi bosan. Dan sesungguhnya amal yang paling Allah ta’aala sukai ialah yang terus-menerus dikerjakan walaupun sedikit. Dan bila ia beramal ia beramal dengan teguh pendirian.” (HR Abu Dawud 1161)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“(Ya Allah) Yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah pendirianku di atas agamaMu.” (HR Tirmidzi 2066)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, kemalasan, sikap pengecut, kebakhilan, kepikunan, dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah diriku ketakwaannya dan sucikanlah ia, karena Engkaulah yang sebaik-baik yang menyucikannya, Engkaulah Penolong dan Pemiliknya.” (HR Muslim 4899)

Sumber : http://www.eramuslim.com/suara-langit/ringan-berbobot/membangun-rumah-di-surga-dengan-duabelas-rakaat.htm

http://pembinaanpribadi.blogspot.com/2011/10/membangun-rumah-di-surga-dengan.html

Pentingnya solat berjamaah

http://pembinaanpribadi.blogspot.com/2011/09/pentingnya-sholat-berjamaah-di-masjid.html

http://www.eramuslim.com/suara-langit/ringan-berbobot/pentingnya-sholat-berjamaah-di-masjid.htm

Wednesday, 19 October 2011

Waktu makruh solat

http://feryco.com/waktu-waktu-yang-dimakruhkan-bersembahyang

Sunday, 9 October 2011

Golongan org yg bersolat

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=247874521927186&set=pu.155707591143880&type=1


Dr Zainur Rashid Zainuddin
Jawatan kosong - jom kita sama-sama buat hebahan

Perihal solat berjamaah, masyarakat kita terbahagi kepada beberapa golongan :

1- Golongan orang yang telah sedia berada di masjid ketika azan berbunyi (dia menunggu azan di masjid).

2-Golongan orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.

3-Golongan orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan

4-Golongan yang solat berjamaah bersama keluarganya di rumah

5-Golongan yang bersolat di rumahnya bersendirian sebaik sahaja mendengar azan

6-Golongan yang bersolat bersendirian tetapi di penghujung waktu

7-Golongan yang tak bersolat, samada mendengar azan atau pun tidak


Bukti Iman :

Sebenarnya amalan berulang-alik ke masjid adalah bukti atau tanda keimanan (secara zahirnya) seseorang lelaki kepada Allah swt sebagaimana hadith dari Abu Said al-Khudri r.a, katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Apabila kamu lihat seorang lelaki yang sentiasa berulang-alik ke masjid, maka hendaklah kamu bersaksi dengan keimanannya”. (Hadith riwayat Tirmidzi)

27 kali ganda pahala solat berjemaah

http://zainurrashid.com/?p=837
Modal kecil untung besar....

“Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. “                 (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

Friday, 7 October 2011

Kelebihan sunat witir

http://myibrah.com/kelebihan-solat-sunat-witir

Kelebihan Solat Sunat Witir

Category : Dakwah, General, Solat, Sunnah

Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.
Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.
 

Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis riwayat at-Thabran
Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Nabi Muhammad saw bersabda:
Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya. Boleh diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan jutawan, memiliki kekayaan.
Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi jutawan dan memiliki kekayaan, adalak kita cuma perlu lakukan selama 10 tahun? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?
Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan dan miliki harta yang berlimpah luah. Bayangkan pula jika solat witir itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat. Berapa kali ganda kekayaan yang boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.
Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh Rasulullah saw adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah berkali ganda di dalam syurga.
Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ternyata hadiah ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud:
“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” - Hadis riwayat Bukhari
Sumber: http://langkahmindapositif.com
  • 0diggsdigg
  • 2823
     
    Share
  • Sharebar