Monday, 5 March 2012

Via Zaharuddin.net
Nabi menyebut " Kebaikan itu adalah kemuliaan akhlak & dosa itu adalah apabila kamu sedang lakukannya, hatimu tidak tenang dan kamu tidak mahu ia diketahui oleh manusia" (Riwayat Muslim). Erti hadith ini adalah bagi insan yg masih punyai iman, hatinya tidak keruan; namun bagi pencinta maksiat & hati yg mati, dosa adalah menghiburkan.

The Daily Taskinator

Prophet Muhammad (Peace be upon him) said “O Allah, bless my Ummah in its early hours”. The time after fajr has so much ‘Barakah’ (blessing) that you’ll be amazed at how much you can achieve in these early hours.

Good tip and info on The Daily Taskinator fr here:
http://www.productivemuslim.com/the-daily-taskinator/

Tidur gaya Rasulullah SWT

Hidupkan sunnah dgn mengikut adab tidur Rasulullah SAW:

1. Baca doa tidur, Ayat Qursi, 4 Qul, Al-Fatihah, tiup ke tapak tangan & sapu ke seluruh badan.
2. Bertasbih & berzikir sehingga terlelap.
3. Ambil wudhu’ & bersiwak.
4. Maafkan semua kesalahan orang pada kita.
5. Tidur dengan mengiring badan ke kanan & tapak tangan kanan di bawah pipi.
6. Niat untuk bangun Tahajjud.


Via https://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH

Saturday, 3 March 2012

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sumber:
FB ANDA BUAT ANDA Dapat

Tidur meniarap

Kita dilarang tidur meniarap.

Hadith:
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorg lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Kesihatan:

Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa
 
Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan:
 
“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim)
 
dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:
 
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)  
Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan.
 
Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s')
 
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
 
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmuzi)
 
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)
 
“Berkata ‘Abbad ibn Tamim: Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
 
“Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.” (At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
 
Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.
 
Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher. (Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care')
Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah.
 
Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot.  (Spine Self Care; Ibid)
 

   
(Kajian saintifik tentang cara untuk mengurangkan sakit belakang iaitu dengan membetulkan cara tidur (sleeping posture) dan menjauhi tidur meniarap)
 
Kesimpulannya  
 
Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan. Wassalam.
 
(Untuk mengetahui tentang aspek 'Islam dan Sains' secara yang lebih terperinci di dalam aspek-aspek yang berbagai-bagai, sila dapatkan buku karangan Dr. Danial 'Islam Kontemporari Lagi Unggul' yang akan diterbitkan tidak berapa lama lagi, insya Allah.)
 
Via Dr. Danial
Sumber:
http://drdanial.faithweb.com/tidur%20nabi%20&%20penemuan%20semasa.htm

Friday, 2 March 2012

The Etiquette of Making Du`a

The Etiquette of Making Du`a

In His book ‘Du`a; The Shield of A Believer; Arrows of Light in The Darkness of Night’, Sheikh Salamah Abul-Kamal, a Muslim writer and Da`iyah, mentioned some manners pertaining to making Du`a:

“1-Praising Allah and sending peace to His Prophet, peace and blessings be upon him.
2-Admitting one’s sins and showing repentance.
3-During supplication, one should begin with himself.
4-Repeating one’s supplication three times.
5-Asking Allah with firm will and seriousness.
6-Using short rich expressions in supplication.
7-Observing humbleness and humility during supplication.
8-The voice of the suppliant should be neither so loud nor so low.
9-The suppliant should end his supplication with saying ‘Ameen’ meaning ‘O Allah! Accept my supplication!’
10-Gaining provision through lawful means.”

Based on the English translation of the book, published by Dar Al-Manarah, Egypt.

The Optimum Times for Making Du`a

There are many optimum times of Du`a mentioned by scholars. The late Imam Hasan Al-Banna, in his Tract of Munajaah, sheds light on some of them, as follows:

“1-Between Azan and Iqamah. It reported that the Prophet, peace and blessings be upon him, said: “Du`a made between Azan and Iqamah is not rejected.” The Companions said: “What shall we say, O Messenger of Allah?” “Seek Allah’s grace in this world and in the afterlife”, replied the Prophet, peace and blessings be upon him.” (Reported by Abu-Dawud and At-Tirmizi)

2-In prostration. Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, quotes the Prophet, peace and blessings be upon him, as saying: “The nearest a Muslim is to his Lord is while he is in prostration. So, make Du`a in it.” (Reported by Muslim, Abu Dawud and An-Nasa’i)

3-While on travel and while being subject to oppression. The Hadith of the Prophet, peace and blessings be upon him, reads: “Three kinds of Du`a are surely answered; the Du`a of an oppressed, the Du`a of a traveler and the Du`a of a parent against his son or daughter.” (Reported by Abu-Dawud and At-Tirmizi)

4-In the middle of the night. Also, Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, quotes the Prophet, peace and blessings be upon him, as saying: “Almighty Allah manifests Himself at the first heaven, during the last third of night, and says: ‘Is there any suppliant so that I answer him? Is there anyone asking so that I fulfill his need? Is there any seeker of forgiveness so that I forgive his sins.’”

Based on Imam Al-Banna’s Tract of Munajaah, published by Dar Ash-Shihab, Egypt.

Almighty Allah knows best.
Posted by sakina bibi at 6:46 PM

http://sakinabibishariff.blogspot.com/2009/08/dua-is-weapon-effective-time-for-doa.html
Via http://cgsyed.blogspot.com/2011/01/effective-doa.html

Thursday, 1 March 2012

Wasiat Luqman Al-Hakim

Wall Photos
Wasiat Luqman al-Hakim

Luqman (Arab لقمان الحكيم, Luqman al-Hakim, Luqman Ahli Hikmah) adalah orang yang disebut dalam Al-Qur'an surah Luqman ayat 12-19 yang terkenal kerana nasihat-nasihatnya kepada anaknya.

Ibnu Katsir berpendapat bahwa nama panjang Luqman ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun. Sedangkan asal-usul Luqman, sebagian ulama berbeza pendapat. Ibnu Abbas menyatakan bahwa Luqman adalah seorang tukang kayu dari Habsyi.

Banyak nasihat Luqman yang boleh dijadikan panduan. Beliau sentiasa memberi nasihat-nasihat yang bermanfaat. Nasihat-nasihat beliau adalah seperti berikut :

Pertama : Supaya sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

Kedua : Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu. Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.

Ketiga : Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

Keempat : Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja.

Kelima : Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.

Keenam : Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.

Ketujuh : Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu:

1. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.

2. Orang yang berani melainkan ketika berperang.

3. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripada mereka.

Kelapan : Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Kesembilan : Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu:

1. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.

2. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka.

3. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.

Sahabat yang dimuliakan,
Jadikanlah wasiat-wasiat Luqman ini sebagai ikhtibar dan pengajaran untuk kita amalkan dalam kehidupan kita untuk menjadi Mukmin yang berakhlak mulia.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~LB~
By: Dunia macam-macam
Share
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=337783176259571&set=a.217447564959800.48530.217437684960788&type=1