Wednesday, 5 December 2012

Cara tadah tangan yg betul ketika berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Yang Maha Esa. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT sebenarnya, termasuk 99 nama Allah. Menurut Ustaz Abdullah Mahmud ; Kalau perhatikan betul-betul, kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak kan di hati kita. Kedudukan titik ‘ba’ lebih rendah dari tangan yang kita tadah.” Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail‘. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.” Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul ; 1. Angkat tangan ke paras dada 2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain 3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’ 4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah. 5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (duduk seperti duduk antara 2 sujud) atau duduk seperti dalam tahiyyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul. Jangan bersandar seperti orang malas! 6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki, sebutlah nama Allah (ar-Rozzaq). 7. Doa diakhiri dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. 8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hambaNya. Walau dalam bahasa apa kita cakap, Allah pasti faham. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik. 9. Ajarkanlah adab berdoa ini kepada seluruh ahli keluarga anda sejak dari usia kecil. InsyaAllah ini akan dapat membentuk peribadi baik anak-anak menjadi menjalani kehidupan. Unsur: http://mirlme.com/cara-menadah-tangan-dan-berdoa-dengan-betul/

No comments:

Post a Comment