Thursday 18 July 2013

Doa untuk anak & keturunan

From Prof Dr Muhaya It is recommended to make du`ā’ for one’s grandchildren along with one’s children, even before their existence. The wife of `Imrān, the mother of Maryam, said:{ وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ }“And I have named her Maryam, and I seek refuge with You for her and for her descendants from Shayṭān, the outcast.” [Āl `Imrān 3:36]--Shaikh Abdul Aziz Al-Tarefe

Air zam-zam

Air Zam-zam 1. Keistimewaan Air Zam-zam : Berkaitan kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Antara keistimewaan yang Allah SWT anugerahkan kepada air zam-zam ialah :- a. air terbaik di atas muka bumi, b. dapat menyembuhkan penyakit, c. diberkati dan mengenyangkan, d. makbul doa yang dihasrati, e. salah satu air mata syurga, f. kurniaan Allah SWT kerana berkat doa Nabi Ibrahim a.s. , g. air yang digunakan oleh Malaikat untuk membersihkan hati Rasulallah s.a.w., h. dapat menyembuh demam panas, i. tidak akan kering sehingga hari qiamat, j. boleh memberi tenaga, k. bersih dan tidak berpati. 2. Adab minum air Zam-zam : a. Ambil air dari bekas dengan tangan kanan, berdiri mengadap kiblat, b. Baca 'Basmalah' sebelum minum, c. Selawat ke atas Nabi s.a.w.. d. Tarik nafas tiga kali minum tiga-tiga teguk sekali bernafas, e. Memuji Allah SWT (memadai menyebut 'Alhamdulillah) setiap kali berhenti meneguk, f. Membaca doa sebelum atau selepas minum, Doa minum air zam-zam : بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـمِ اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقـًا وَاسِعًا وَشِفَـاءً مِنْ كُلِّ دَآءٍ. “Ya Allah, aku memohon daripadaMu ilmu yang berguna, pintu rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit. A'min." Unsur: Jom Umrah & Haji (wall post FB) KURSUS HAJI DAN UMRAH

Monday 1 July 2013

Doa mustajab

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” Credit to Hmetro http://mirlme.com/9-petua-doa-mustajab-dari-rasulullah-s-a-w/

Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam

Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T. Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman. Antara amalan yang disarankan ialah : 1) Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa. 2) Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan. 3) Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti : [+] Surah Al-Fatihah dan ayat kursi [+] Surah Yaasin [+] Surah Taubat [+] Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat) [+] Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna). [+] Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat) [+] Surah An-Nahl ayat 78 [+] Surah Al-’Araaf ayat 189 Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T. Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman. Antara amalan yang disarankan ialah : 1) Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa. 2) Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan. 3) Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti : [+] Surah Al-Fatihah dan ayat kursi [+] Surah Yaasin [+] Surah Taubat [+] Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat) [+] Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna). [+] Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat) [+] Surah An-Nahl ayat 78 [+] Surah Al-’Araaf ayat 189 Semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Sumber:https://www.facebook.com/SemanisKurmaTv9?fref=ts