Sunday 29 April 2012

Sabar_MKI

Quote Prof MKI mengenai SABAR: "...Sabar harus dibawa ke mati. Namun ia mudah menulis dan berkata berbanding dengan tubuh yang menanggung. Namun saya pasti sesuatu, ia akan jadi sangat mudah apabila manual sebahagian lagi menghadapi ujian dipatuhi. Perbanyakkan solat-solat sunat. Bangun 1/3 malam tersisa. Bermunajat dan berdoa kepadanya. Biar ada air sejuk mengalir di pipi. Malah akan sampai masanya kita akan berkata, “ujian Allah tanda Dia sayangkan saya”. Source: http://muhdkamil.org/blog/2012/04/29/tidak-sabar/

Friday 27 April 2012

Wahai anak kesayanganku....

http://muhdkamil.org/rozaroslan/2012/04/01/wahai-anak-kesayanganku/

Thursday 26 April 2012

Doa of the sick

via Fattabiouni English The prophet [PBUH] gave the sick person a sense of confidence and a lofty spiritual meaning: he ordered our master Umar Ibn alKhattab and he said to him, “O Umar! If you visit a sick person, ask him to pray for you for verily his prayer is like the prayer of the Angels.”

Wednesday 25 April 2012

Umrah dan Haji_MKI & KRTS

Bila tiba di Mekah dan Madinah Tempoh melaksanakan ibadat umrah dan ziarah sangat pendek. Kebiasaannya, 12 hari +2 hari perjalanan. Berada di sini perlukan perancangan. Perancangan adalah satu petua. Tips kami, rancanglah apa yang hendak dilakukan semasa di Mekah dan Madinah. Perancangan perlu berdasarkan premis mahu beramal ibadat sebaik mungkin semata-mata kerana Allah SWT. Rancanglah dengan sentiasa memohon kepadanya agar ia dapat dilaksanakan. Jika tidak, mohonlah agar Allah memberi ilham agar kita dapat melakukan sesuatu yang lebih baik di sisinya. Malah – kami fikir – merancang untuk melaksanakan ibadat merupakan ajaran penting dalam Islam. Pertimbangkan bagaimana Allah menyatakan melalui ayat 47-49, surah Yusuf, Yusuf berkata: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur Pertama, pertimbangkan untuk tidur seawal mungkin selesai usai solat Isya di Masjidil Haram atau Mekah. Katalah jam 9 atau 10 malam waktu Madinah bersamaan jam 2 – 3 pagi waktu Malaysia. Ia sepatutnya waktu tidur yang sesuai. Kemudian, bangunlah di sekitar 1.30 pagi waktu Mekah/Madinah bersamaan 6.30 pagi waktu Malaysia]. InsyaAllah ia boleh dilakukan. Dua pagi, kita mula bergerak ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Bila bertemu dengan tong air zam-zam, ambilah segelas dan berselawatlah sambil berdoa agar Allah menjadikan air tersebut sebagai penawar kepada segala penyakit. Kemudian – jika di Mekah - lakukan tawaf sunat sebanyak tujuh pusingan. Pengalaman kami, ia dapat disudahkan di antara 25 hingga 35 minit. Jika di Madinah, terus sahaja ke Raudhah (nota: wanita mempunyai jadual tersendiri untuk memasuki Raudhah) atau saf-saf hadapan di belakang Imam. Pengalaman rof MKI via http://muhdkamil.org/blog/2012/04/25/bila-tiba-di-mekah-dan-madinah/ Pada ketika ini jam menunjukkan jam 3.00 pagi di Mekah. Kemudian, lakukan solat sunat, bermunajat, membaca al-Quran, solat sunat, bermunajat, berzikir, solat sunat dan…. akhirnya azan pertama dilaungkan menandakan sejam lagi masuklah solat subuh. Masa akan bergerak pantas sehinggalah selesai solat solat subuh. Jika berkemampuan, sebelum meninggalkan masjid, lakukan tawaf sunat sekali lagi. InsyaAllah ia masa yang bermanfaat dan tidak membosankan. Saya terkenang saat-saat pulang ke hotel sekitar jam 7.00 pagi sambil membeli makanan untuk sarapan pagi. Pada ketika inilah rakan-rakan sebilik berkumpul sambil menikmati juadah yang dikongsi bersama. Saya terkenangkan Wak Daud secara sukarela membacuh teh O buat kami semua. Jam menunjukkan 8.30 pagi waktu Mekah. Bayangkan waktu di Malaysia. Pada ketika ini kita sedang bersiap-siap menamatkan urusan pejabat sebelum memenuhi waktu rehat tengahari. Apakah yang paling seronok yang dapat dilakukan pada ketika ini? Bagi saya, jika dapat melelapkan mata sekejap, alangkah bahagianya. Begitulah, di Mekah atau di Madinah berehatlah seumpama di Malaysia bagi mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang malam di masjid. Bezanya, kita berehat jam 8.30 pagi di Mekah yang bersamaan jam 1.30 tengahari di Malaysia. Cukuplah tidur ringkas selama sejam. Jadi biarkan suasana tersebut. Biarlah suasana malam di sana seumpama siang di Malaysia. Ia masa yang sangat mengasyikkan untuk beramal ibadat. Barangkali 4 -5  jam waktu tidur sehari semalam sudah mencukupi. Di sekitar 10 – 11 pagi bergeraklah kembali ke Haram. Allah… Allah…. jangan terlalu berfikir tentang berehat. Masa sangat singkat. Dan ia bukan tiap-tiap hari kita boleh berada di Haram. Ini adalah satu cadangan yang telah kami amalkan selama hampir 45 hari di Mekah dan Madinah. Lakukan sedikit ubah-suai apabila melakukan ibadat umrah dan ziarah. Isu yang lebih besar ialah membuat perancangan dan berdoa supaya perancangan itu dimakbul Allah jika ia terbaik di sisiNya. Ia sangat sesuai buat kami sekeluarga tetapi mungkin tidak sesuai buat yang lain. ---------- Mardiana Shafiee says: April 25, 2012 at 3:25 pm Assalamualaikum Prof, Di sini sya ingin berkongsi pengalaman berada di Mekah di sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2010 & 2011. Suasana mencabar. Cuaca panas. Sesak dgn jemaah seperti musim haji, cuma jemaah umrah Ramadan lebih aggresif, ramai orang Arab & kanak2. Hari malam2 sebelum lailatulqadar, solat terawih 20 rakaat & witir 3 rakaat tamat jam 11mlm. (Solat isya dilewatkan 30min). 1 malam, imam baca lebih sedikit 1 juzuk. Sbb utk habiskan 30 juzuk pada mlm 29 Ramadan. Imam bertukar selepas 10 rakaat terawih. Masa ini juga kekdg2 ada solat jenazah. Masa ini juga, masa yg sesuai utk keluar saf utk menamatkn terawih. Tiap2 mlm ada doa qunut masa rakaat ke 3 witir. Pada 10 akhir ramadan, terawih 20 rakaat tamat jam 10.45mlm. Solat malam 10 rakaat & witir 3 rakaat bermula jam 1pg (TEPAT!) dan tamat sekitar 3pg. Utk solat mlm, imam baca 1 juzuk juga utk 10 rakaat. Jadi bacaan lebih laju dari terawih. Malam 27 ramadan adalah yg PEAK! (Sesiapa yg balik ke hotel selepas Isya, sukar utk dpt laluan ke masjid utk solat malam. ramai yg kandas di jalan). Doa qunutnya amat panjang. Dlm 30 min. Kebiasaannya sya balik hotel selepas terawih. berbuka dgn kurma (ramai orang bersedekah) & zam2 shj. Cukup. Waktu tidur mmg kelam kabut & tidak mencukupi…ada masanyer sya ‘tuang’ & buat terawih 10 rakaat aje. Menjaga kesihatan juga menjadi cabaran, terutama dgn cuaca panas. Wpun cuaca panas terik, tetap masih ramai yg bertawaf sunat. Paling sesak lepas asar & maghrib… Namun sya masih terus berdoa utk dpt ke Mekah lg dlm bulan Ramadan. Masih bnyk lg yg perlu saya perbaiki. Wassalam….

Doa cinta_mengingati Allah

Imam Nawawi rahimahullah menaqalkan kalam Dzun Nun Al-Mashri rahimahullah di dalam kitabnya Al-Azkar; 3 tanda seseorang itu IKHLAS; 1. Menyamakan pujian & celaan daripada orang awam. 2. Melupakan amalan baik yang telah dilakukan. 3. Tidak menuntut pahala amalan di akhirat. IKHLAS di dalam beramal itu SANGAT PENTING. Amalan tanpanya tidak akan diterima Allah. Jika mampu sampai ke maqam ini, maka kita juga adalah kekasih Allah. Berusahalah... Mohonlah bantuan Allah untuk beribadah kepada-Nya. Amalkan DOA yang diberikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Sayyiduna Muaz bin Jabal. Doa CINTA; اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك ~ Allahumma a'inni a'la zikrika wasyukrika wahusni i'badatika * Ya Allah ya Tuhanku, bantulah aku mengingati-Mu, bersyukur di atas ni'mat anugerah-Mu kepadaku & bantulah aku memperelokkan ibadahku kepada-Mu. Source: https://www.facebook.com/fattabiounimalaysia

Tuesday 24 April 2012

Doa tahan kentut

Doa Tahan Kentut Maaf tajuk posting pertama agak kurang sopan tetapi dipilih kerana doa ini amat mujarab dan selalu diamalkan oleh kami sekeluarga. Semuanya berlaku dengan izin Allah yang Maha Berkuasa.  بسم الله الر حمن الر حيم     أُعِيْذُهُ بِالْوَاحِدِ الصَّّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّّ ذِيْ حَسَدٍ   وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّّةَإِلاَّّبِا للهِ الْعَلِيِّّ الْعَظِيْمِ Maksudnya: Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung. Doa ini dipelajari sewaktu saya mengikuti kursus haji pada tahun 2004 bersama Ustazah Kalthom Binti Dato' Hisham yang merupakan salah seorang pakar rujuk Tabung Haji. Doa ini turut juga dikenali sebagai doa Siti Fatimah. 1- Menahan kentut/ buang air besar/ buang air kecil Selalunya setelah berwudhu mulalah kita terasa nak terkentut akibat dikacau oleh syaitan. Kebiasaannya di Makkah, kita telah mengambil wudhu dahulu di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Masjidil Haram dan berada di situ sehingga selesai beberapa waktu solat. Ia juga sesuai sebagai ikhtiar untuk menahan diri daripada membuang air kecil dan besar semasa berada dalam perjalanan jauh seperti sewaktu pergi dan balik dari Makkah ke Arafah dan Mina yang kadang-kadang memakan masa selama 5 jam seperti yang saya hadapi waktu itu akibat kesesakan jalanraya. Cara mengamalkannya: Doa ini dibaca setelah ambil wudhu dan bersiap-siap hendak ke masjid. Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di ari-ari). Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang 3 kali (doa dan sapu). Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja. Mohon doa: Ya Allah, mudah-mudahan wudhuku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah. Balik ke bilik dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.   2- Merawat kembung perut dan senggugut Kerap saya amalkan pada diri sendiri dan anak saya semasa dia masih kecil sehingga sekarang (8 tahun) ketika mengadu sakit perut. Setelah diusap perutnya dia akan membuang angin dan berasa lega. Cara mengamalkannya: Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan di sapu menghala ke bawah supaya boleh buang angin. Ulang 3 kali atau sampai lega insyaAllah. 3- Mengelak kandungan gugur/ kenan Telah saya syorkan kepada rakan saya yang pernah mengalami tujuh kali keguguran. Alhamdulillah dengan izin Allah, kandungan kelapannya selamat dan beliau telah pun mendapat seorang cahaya mata perempuan yang comel tahun lepas. Saya juga mengamalkannya kini sejak hamil anak kedua kerana mengalami pendarahan pada tiga bulan pertama kehamilan. Semoga Allah terima serta permudahkan dan semuanya selamat semasa proses kelahiran yang dijangka insyaAllah pada bulan Disember tahun ini. Cara mengamalkannya: Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas ari-ari dan disapu menolak ke atas. Ulang 3 kali. Dilakukan hanya bila serviks sudah terbuka untuk bersalin (kalau kembung perut pun kena guna kaedah lain). Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan disapu menghala ke bawah. Ulang 3 kali. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku adalah di atas izin dan perkenan Allah s.w.t.. Yakin dan bertawakkallah kepada Allah sentiasa. (sumber asal: http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5672092796121440220#editor)

Friday 20 April 2012

Charity extinguishes sin

Don't forget the tremendous rewards of charity. Always be on the look out to help others who are in need. The Messenger of Allah (blessings and peace of Allah be upon him) said, “Charity extinguishes sin as water extinguishes fire” (Al-Tirmidhi (614).) He (s) also said: “Allah said: ‘Spend, O son of Adam, and I shall spend on you.’” (Narrated by al-Bukhaari, 5073; Muslim, 993.) (IqraSense)

Friday 13 April 2012

Ulul Albab

Quote: Prof Arias Abdullah


ULUL ALBAB adalah teras dan kemuncak kepada memahami sesuatu ilmu yakni golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul dan pada tempatnya.

Pada hari ini manusia banyak membicarakan tentang sesuatu ilmu, perkara atau pun isu. Malangnya ia tidak membawa apa-apa makna dan hanya dipermukaan sesuatu ilmu itu sahaja. Ada yang mengundang kesesatan daripada kejahilan mereka. Manusia tidak mahu faham dan ambil manfaat dari sesuatu ilmu kejadian yang Allah ciptakan. Lantaran mereka terus membuat kesilapan walau pun mereka sendiri menyerukan peringatan.

Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifahku." Para sahabat lalu bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah khalifah-khalifahmu?" Baginda menjawab, "Orang-orang yang datang sesudahku mengulang-ulang pelajaran hadis-hadis dan sunahku dan mengajarkannya kepada orang-orang sesudahku." (HR. Ar-Ridha) — with Iffa Nayan and 28 others.

Petikan drp https://www.facebook.com/profile.php?id=100003348459343&sk=wall